27.7.10

Mereka, Tandas dan SPM



Hanya sekadar gambar hiasan

Entah  macamana aku terasa terpanggil nak cerita tentang tandas pula kali ini. Mungkin setiap orang ada menyimpan ceritanya tersendiri tentang tandas ini.  Aku pula ada beberapa koleksi cerita tahab suam2 kuku yang boleh kita kongsi bersama. Cerita seluar hilang dalam tandas dah biasa kita dengar dan pernah aku cerita dua tahun lepas, cerita pencuri dalam tandas sampai sekarang masih ada walaupun dalam tandas perempuan sekalipun. Pendek kata macam2 benda boleh berlaku dalam tandas.

Semasa zaman persekolahan aku, lain pula ceritanya. Ada satu insiden yang tidak mungkin aku lupakan, tandas perempuan dijadikan sasaran budak lelaki, tetapi risikonya tinggi sebab dah ramai yang kena tangkap, lalu tah sape punya idea, senja itu budak2 ni saja matikan air ketandas perempuan dengan harapan supaya budak perempuan ini tumpang mandi ditandas lelaki. Masa tu time SPM sedang bermula, jadi tak ramailah penghuni asrama yang ada, warden asrama pulak jarang datang, mungkin dia ingat buadak2 ni dah besar pandai2lah jaga diri. Peluang ini dimanafaatkan dengan sebaik2nya, saja nak berseronok-seronok. Yang mengejaukan itu idea ini menjadi kenyataan. Pelajar perempuan bukan pandai sangat nak tengok paip kat belakang tu, lebih2 lagi bila dah gelap, sebab tu ada yang tumpang tandas leleki untuk mandi. Mereka datang dengan kebenaran ketua murid asrama, lalu budak2 lelaki diarah supaya mandi awal terlebih dahulu. (Ketua murid tu lurus bendul bukan tau apa) Berita itu sambut baik oleh budak lelaki berkenaan tetapi sebelum tu budak2 ni dah pasang perangkap dulu... perangkapnya tak lah teruk sangat, cuma mereka dah tunggu kat atas syiling untuk tayangan percuma. Mula2 tiga orang lama-kelamaan sampai 12 orang duk lepak kat atas tu.


Aku pulak masa tu dikira penceroboh, sebab aku lepak kat asrama tu tanpa kebenaran sesiapa, aku main redah jer. Bila time makan dikantin pada malamnya, kawan2 sudah seludup makanan passing kat aku, sebab pengusaha kantin kenal semua budak asrama, nak makan pulak kena ada pass. (nak hidup kena pandai) Pengetua sekolah sampai sekarang tak tau, katil banyak kosong belasah jelah. Ada satu malam tu tah sapa punya kerja dia orang ni sudah kenakan aku, bila aku bangun pagi, anu aku bertambat pada tiang katil, patutlah bila tidur mengiring terasa sakit, (benang menjadi tegang) cilakak betul siapa yang punya kerja tu. Hari berikutnya aku tidur pakai seluar panjang, tidak lagi berkain pelikat macam kat rumah. Selepas itu baru aku teringat sebelum tu ada yang menegur bila melihat aku tidur berkain, aku jawan, "macam ni la bagus bebas bergerak baru aktif", ada motif rupanya teguran itu. Itulah pengalaman aku tinggal diasrama selama tiga minggu. Nak ambil SPM kenalah cepat hadir kat dewan peperiksaan, sebelum ni aku berulang naik bas awam. Naik bas awam bukan boleh percaya sangat, kadang tu dia masuk bengkel dululah pastu isi minyak lagi, sebab itu aku malas hadapi risiko. Oleh itu aku tak terlibat dalam aktiviti budak2 nakal ni, walaupun aku dipelawa sebenarnya. Takut pecah tembelang.

Berbalik kepada cerita budak2 yang berseronok diatas syiling tadi, biasalah kalau benda tak betul ni sekejap je pecah tembelangnya. Nak dijadikan ikhtibar kepada budak2 lain. Hantu2 jembalang kat atas syiling tu akhirnya kena tangkap dengan jayanya bila syiling tu roboh, kesemua budak2 kat atas syiling tu jatuh macam nangka busuk. Gempar malam tu dengan jerit pekik, budak2 perempuan tu, aku dah agak dah, nasib baik tak join sekali. Mereka yang terlibat dikenakan hukuman ringan sahaja iaitu rotan ditapak tangan oleh warden, demi menjaga moral pelajar. "yang bodohnya korang ni, mengapa naik sampai 12 orang kat atas tu, kalau pandai bergilir kan selamat...kata warden sambil melawak, "nak buat jahat pun kenalah bijak" kata warden lagi. Yang lucu lagi pada keesokan harinya, semasa di dewan peperiksaan, budak2 yang jatuh syiling tu masih lagi cedera, ada yang berbalut kepala, ada yang berbalut tangan, kaki dan sebagainya. Beliau ditanya seorang2 oleh cikgu yg bertugas, "mengapa ramai sangat yang sakit", jawapan budak ni semuanya kelentong belaka, tiada yg betul, ada yang jatuh basikal, jatuh pokok, jatuh katil, jatuh bas pun ada. Cikgu yg bertanya naik hairan, "sepatutnya time2 macam ni kamu kena jaga kesihatan, bukan sakit macam ni" kata cikgu. Kami yang tahu hal sebenar tumpang gelak saja bila dengar temberang kawan2. Cikgu yg tak tahu hal sebenar sempat menegur kami, "Jangan berseronok sangat dengan kesusahan orang lain, nanti orang lain pula akan berseronok bila melihat kamu susah" kata cikgu itu dengan menyindir.


Cerita syiling roboh itu hampir setahun masih lagi menjadi bahan lawak budak2 sekolah SMKT. Bukan itu sahaja malahan pelajar2 baru yang tinggal diasrama diingatkan jangan buat perangai macam budak2 lama

11 komentar:

Anonim mengatakan...

Cerita tinggal di Hostel ni banyak. Aku tinggal 3 tahun kat SMKKK tu. Satu yang tidak boleh dilupa ialah pengalaman satu malam ketika study. Cikgu Hassan - warden asrama ketika itu orang dan Cikgu lagi orang Terangganu telah menangkap 2 orang budak tidak study malam kerana menghisap rokok dalam bilik. Apa lagi kedua budak itu namanya Abu Zarin dan Haminazari telah di bawa ke depan kantin dan dilihat budak-budak lain dibelasah oleh kedua cikgu yang tidak berhati perut itu.

Setelah puas dibelasah sampai berdarah mulut keduanya dihalau dari asrama malam itu juga. Sepatutnya bagilah tempoh keesok harinya. Sedih bebenor kami melihatnya terhoyong-hayang.

Sayang, kalau kes ini belaku sekarang siap cikgu ni disaman oleh emak bapak bebudak itu. Senang aja nak memerangkap cikgu panas baran tu. Emak-bapak buat lapuran polis kononnya anak hilang atau sebagainya jadilah kes serius.

jembalangz k-rexz mengatakan...

yg aku tak puas ati pasal nama aku ader dlm kes tak senononh tu......

Anonim mengatakan...

Kes di atas itu berlaku sekitar '78...
Cerita yang paling melucukan belaku dalam bilik 1 bawah (dekat jalan besar) bilamana seorang budak kononya banyak ilmu silat (belajar silat ketika itu di asrama dan di dirikan pondok persilatan di sebelah kantin mengadap ke hutan) tiba-tiba tidak sedarkan diri pada satu pagi ahad. Kenkawan mengatakan dia ni pura-pura kerana diani banyak kerenah dan cuba mengejutkan tetapi tidak juga bangun. Lalu si senior meletakkan 'anu'nya di mulutnya dan mengesek-gesekkan tetapi tidak juga sedar. Di simbah air pun tak sedar. Setelah pelbagai cara dilakukan lalu memanggil wareden asrama ketika itu. Budak itu aku ingat namanya tapi dirahsiakan demi keamanan sejagat...

- sheikh mustafak kamal al aziz

Anonim mengatakan...

Kes ke 3 belaku sekitar '79 ketika itu kami di form 3 hendak menghadapi SRP.

Kami marah sangat-sangat kepada cikgu Harumsyah (wareden ketika itu) kerana pilih kasih dan banyak kerenah. Dan ada dua tiga orang murid yang disayangi dan boleh study dalam bilik di rumahnya tingkat bawah (budak-budak ni dah jadi orang dan sahabat aku juga dan masih berhubung). Di atasnya bilik study kami yang besar.

Cikgu ni mempunyai isteri seksi dan sering memakai kain singkat itu baru melahirkan anak kira-kira 2 bulan (tak silap).

Apa kami buat?
Kami telah merancang sesuatu nak memberi 'padan muka'. Lalu kami memasang tali panjang terus ke bilik melalui tingkap belakang dan mengikat meja dan kerusi besi lalumendirikan tinggi-tinggi menggunung.

Kira-kira jam 1 pagi dalam keadaan yang sunyi dan rakan sebilik sudah tidur lalu kami menarik tali itu serentak dari bilik 10 dan bilik 12.
Apa lagi? kedaaan menjadi kacau-bilau kerana kebisingan meja kerusi jatuh ke atas simen lantai... Anak cikgu menagis, budak menjerit dan kami menjerit sama menambahkan keseronokan malam syahdu itu...

Cikgu Harum Syah bingkas naik ke atas, tak tentu arah lalu membuka pintu. Tapi kami telah mengikat tali dan pintu itu melenting lalu kena ke dahinya... aduh!...
Apa lagi kerana marah dia langsung merotan budak yang sedang lena tidur berdekatan pintu itu (budak-budak junior kami letakkan katil dekat pintu). Kami yang belakang tidak dilawatinya dan berselubung pura-pura tidur dan mengetahui segal-galanya yang belaku...

Besoknya ketika sedang mengambil makanan pagi di kantin dua tiga budak masih menagis, sebak dan merah mata. "Aku kena rotan oleh cikgu Harumsyah, kenapa Ya?..."

- Syeikh Mustafa Kamal Al Aziz

Anonim mengatakan...

Kes ke 4...
Cikgu Omar punya cerita... Cikgu putih kuning yang rendah yang spotif. Aku ada menyimpan dendam dengan cikgu ini kerana merotan kami tanpa usul perisa dan menghormati perasaan kami (lihat Berita Harian helaian 30 rabu 30 ogos 2010 atau Youtube - Murid kurang ajar).
Apa aku buat?
Aku tahu cikgu ni setiap petang bermain bola dengan kami kerana memang sukannya kesukaannya di padang dekat asrama itu. Aku main bola ketika itu dan mencari peluang untuk mencederakannya. Apa lagi ketika menanduk bola tinggi aku menyanga dagunya sekuat hati. Bola kemana yang jatuh Cikgu Omar... mulut berdarah dan terus keluar padang mencai ubatan. aku pura-pura sakit dan puas hati... padan muka cikgu menghukum tanpa usul perisa...

- Syeikh Mustafa Kamal Al Aziz

Anonim mengatakan...

Saat yang paling seronok ketika air tiada di asrama. Kami dibolehkan mandi di sungai Terengin dari jam 2 petang hingga 5 petang. Masing-masing berjalan kakilah beramai-ramai sambil menyanyi lagi Allycat, Carefree... rindu bayangan... dan Othman Hamzah ... musliha... oo... musliha.... sambil membawa baldi. Mustafa Sintol (sepelaris) mempunyai suara yang 'wow' dan kami mengikutnya lagu itu sipi-sipi...

Sesampai ke sungai maka acara bermula. Mandi Tarzan dari jambatan beramai-ramai. Ruslan Aksah (sepelaris dari Jengka Pusat) tak kurang pandai mengayakan cara Tarzan terjun. Dan orang kecut perut tengok dia terjun kepala dulu ke sungai...

Melalui kampung ke Sungai Terengin banyak mengimbas nostalgia. Ana suka melihat bentuk rumah, dikorasi bunga di taman dan sebagainya dan menjadi kenangan hingga kini untuk bahan penulisan...


- Syeikh Mustafa Kamal Al Aziz

Anonim mengatakan...

KENANGAN MALAM PERPISAHAN


Tinggal di asrama ni banyak seronoknya. Zaman kanak-kanak mana ada cerita dukalara. semuanya indah belaka. Pelajaran merosot pun seronok...

Teringat akhir tahun sekitar '78, Kami ketika itu Tingkatan 2, diadakan Malam Perpisahan dan menjemput pancaragam yang power di sekitar pekan KK.

Sebelum kemuncak agenda, sesiapa yang menyertai giat berlatih. Ada yang berlakon di bawah pimpinan Cikgu Shafie (x silap). Lawaknya yang masih diingati tentang budak dengan pen yang besar terjatuh menimpanya. Mula-mula aku ingin menyertai lawak jenaka itu tetapi membatalkan niat kerana terasa lawak itu 'cheap joke'. Mustafa Sintol dari Kampung Sintok dekat Gunung Senyum kebanggaan kami menyumbangkan lagu juga. Tetapi ramai penyanyi dari kalangan wanita. Rosmawati dari Kampung Bengik juga rehearsal hingga terkeluar anak tekak.

Saat yang ditunggu tiba. Malam itu cukup terasa indah dengan memperagakan pelbagai pakaian baru (golongan pelajar wanita). Aku dan kawan-kawan berdiri di tepi jaring berdekatan kugiran di kantin asrama itu. Satu demi satu persembahan dari kawan-kawan berlangsung. Melihat kugiran, aku memasang angan-angan menjadi pemetik gitar macam Steve Vai atau Jeff Beck, suatu hari nanti...

Tidak disangka-sangka, Rahmah Adam si gadis Tingkatan 3 cinta monyet aku menyumbangkan sebuah lagu bertajuk: PENASARAN nyanyian Emila Contessa. Lihat: PESAN RAHMAH dalam http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/pesan-rahmah.html. Ketika itu aku sudah berada di dalam dewan dan melihat persembahannya, berdebar dan bedeguk-degok jantung. 'Kalau belum bisa aku mendapatkan, sungguh mati aku jadi penasaran...' Aku bersedih kerana sudah memutuskan hubungan kerana angkara nasihat Budin (x silap budak Kenari, Bentong).

Malam itu, sesudah show usai, mata aku terbelalak sampai dinihari. Ngap dapat tidur. Apalah nasib badan... orang nak berbaik-baik dengan kita, kita menolak...

- sheikh mustafa kamal al aziz

Anonim mengatakan...

sheikh..u recall my memori ler...mlm tu saya masuk pertandingn nyanyi tu...mustafa sintol..no 1 dan saya dpt no 2..nyanyi lagu 'hujan yg turun..bla..bla..'mmang band handalan yg iring...dan msih ingt persembahan penasaran tu..kah..kah..- wan mazmah

Anonim mengatakan...

Wan mazmah, saya cukup syhdu ketika Rahmah Adam menyampaikan lagu itu lewat persembahan. Si rahmah menyampaikan lagu itu semacam saja dan saya rasa dia dapat melihat saya yang berada di tengah dewan. Sebenarnya saya rasa menyesai kerana mengikut nasihat kawan saya supaya memutuskan hubungan itu tanpa usul perisa.

Selang setahun kemudian suratnya menyusul, menasihatkan saya supaya jagna tinggal solat (lihat: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/pesan-rahmah.html) dan saya menggangap nasihat keramat sampai kini. Saya fikir inilah nasihat seorang kawan sejati...

- Sheikh Mustafa Kamal Al Aziz

Anonim mengatakan...

KISAH PUASA YOK YOK...



Satu kes yang masih segar diingatan ketika bulan puasa. Kami semua berpuasa, ingin menunaikan fardu yang satu inilah katakan....

Ketika waktu makan kami berbaris beramai-ramai mengambil makanan di kantin dengan membawa tray. Cukup seronok, pelajar perempuan tersenyum-senyum melihat kami yang berpuasalah katakan... Sebenarnya pelajar perempuan ramai yang tak berpuasa tapi berpura-pura nampak penat dan letih.

Bila waktu bersahur, saat paling menyeksakan. Semua lampu dipasang, menyilaukan mata. Kami dikejut ketika enak dibuai mimpi. Alangkah sedihnya hendak bangun bersahor.

Tetapi ada cerita bagi pelajar senior...
Kerana terlalu kreatif geng senior tingkat 3, bilik 17 menghidupkan api menggunakan kertas buku untuk memasak air. Seorang mengipas api dan seorang mengipas asap takut ternampak oleh warden asrama. Bila air suam-suam kuku mereka memasukkan maggie. Lalu membahamnya terbahak-bahak tengahhari. Satu nama yang masih diingati Azmi Buntal, Black dan Lan Jengka yang mendalangi fenomena ini...

Kalau warden datang untuk membuat 'spot-check' mereka sudah menyiapkan diri. Mereka telah membuka siling bilik itu dan boleh menyembunyikan diri serta-merta tanpa dikesan.

Cerita ini merebak hingga ke tingkat bawah, bilik 5 tempat aku menginap ketika tingkatan 3. Aku dan Cher (ketua Murid) hanya tersenyum dan mendiamkan diri saja tidak mahu menjadi nasi tambah...

Ketika hendak sembahyang tarawih, warden mengizinkan kami sembahyang di Masjid Pekan Sari, KK. Dengan bersenandungkan lagu Ramli Sarip "Camelia' berdutung-duyunglah bebudak berjalan kaki melalui railway station yang bersejarah itu. ...Gugusan hari-hari indah bersamamu Camelia.... terjerit-jerit Mustafa Sintol menyanyi dan Borhan cuba-cuba memasukkan lagu nyasid AlJawahir...

Sewaktu sembahyang saat yang cukup mencabar kalau bersebelahan dengan Badaruddin Mat Sham dari Dingkir. Dia akan menjadi DJ mengubah pelbagai rentak suara orang popular. Kami tidak dapat menghabiskan 20 rakaat lalu balik awal ke asrama sambil terbahak-bahak dan terkentut-kentut...



- Sheikh Mustafa Kamal Alaziz

Anonim mengatakan...

Bada Punya kelakar....


Ketika hampir menghadapi SPM kami study lintang-pukang. Kami tidak memperdulikan sesiapa lagi. Rasidah Mohd. Said lalu pun kami tidak hirau, tidak pandang...

Ketika itu di asrama study dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Itu compulsory!.

Ada satu cerita dengan kawan aku bernama Badaruddin Mat Sam. Dia ni teman sebilik tingkat 1, bilik 10. Dia dipanggil Burung Hantu kerana jarang dapat tidur waktu malam. Dengan menggunakan cahaya lilin.
dia akan membuat pelbagai kerja, mengemaskan locker, melipat kain dan sebagainya. Sok-sek bunyi kerenahnya. Terkadang memganggu junior lena tidur.

Ada ketikanya dia akan menjadi DJ atau pengulas sukan. Kerana perbuatannya kami tidak dapat meneruskan tidur dan menyertai sama. Maka riuh-rendahlah dengan gelak-ketawa hingga melimpah keluar. Warden, Cikgu Hassan meniup wisel dan menjerit dari bawah memberi amaran.

Satu yang meninggalkan kesan kepada aku ialah tabiatnya ketika hendak menghadapi SPM. Dia akan membuat jadualnya sendiri ketika orang lain sudah tidur.... Apa dia?
Dengan bersumberkan sebatang lilin dia akan meneruskan study di dalam locker yang semuat badannya itu. Dia tekun study dan kira-kira 10 minit dia akan membuka locker untuk mengeluarkan asap-asap yang terkandung di dalam locker itu. Dan menerukan study 1 atau 2 jam...

Ketika itu undang-undang asrama melarang budak-budak study lewat malam takut terganggu semasa sekolah.


- Sheikh Mustafa Kamal Alaziz